Skip to main content

Apa itu IGCSE?



IGCSE adalah singkatan kepada International General Certificate of Secondary Education. Cara paling mudah nak faham dan selalu digunakan untuk terangkan IGCSE kepada rakyat Malaysia yang tak tahu apa itu IGCSE adalah, IGCSE ni kalau di Malaysia umpama SPM. Kebanyakan sekolah swasta dan sebahagian MRSM (contoh: Alor Gajah, Kuala Klawang) menyediakan pilihan IGCSE kepada pelajar.

1. Apa beza IGCSE dan GCSE?

GCSE (General Certificate of Secondary Education) diambil oleh pelajar di UK, manakala di peringkat antarabangsa luar UK, pelajar boleh menduduki IGCSE (International General Certificate of Secondary Education). 


2. Siapa yang menyelia IGCSE?

Kalau di Malaysia, kita ada Kementerian Pendidikan yang menyelia semua perkara berkaitan pelajaran dan sistem di bawah kerajaan.
IGCSE diselia oleh University of Cambridge International Examinations (CIE). Selain CIE, Edexcel dan OxfordAQA merupakan dua badan peperiksaan lain yang menyelia peperiksaan bertaraf IGCSE. Ujian seliaan Edexcel dipanggil Edexcel International GCSE yang biasanya dijalankan pada Januari dan Jun. OxfordAQA International GCSE pula dijalankan pada Mei/Jun dan November.


3. Umur berapa boleh ambil IGCSE?

Kalau di Malaysia, pelajar mula melakukan persiapan untuk SPM semasa Tingkatan 4 dan 5 (umur 16 dan 17), pelajar IGCSE akan mulakan sukatan pelajaran pada Year 10 (15 tahun) dan biasanya mengambil ujian semasa Year 11 (16 tahun). Ada sebilangan MRSM di Malaysia yang pelajarnya mengambil IGCSE dan bagi pelajar MRSM, mereka akan ambil peperiksaan IGCSE semasa Tingkatan 4. Sekolah swasta di Malaysia pula ada pelajar yang akan ambil peperiksaan semasa 16 atau 17 tahun.


4. Subjek apa yang kena ambil?

Kalau SPM, kita ada subjek wajib seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Tetapi, pelajar yang mengambil IGCSE bebas mengambil subjek yang diingini berdasarkan target dan keperluan mereka.  


5. Kena bayar ke kalau nak ambil exam?

Ya. Yuran IGCSE bergantung kepada subjek yang diambil. Yuran setiap subjek adalah dalam anggaran RM700- RM800. Mungkin kurang, mungkin lebih. Contohnya, untuk mendaftar untuk peperiksaan IGCSE bagi subjek Fizik (kod 0625) di salah sebuah sekolah swasta di Shah Alam adalah RM800 per subjek (Ada 3 kertas untuk subjek tersebut).


6. Bilakah dijalankan IGCSE?

Ada 3 musim peperiksaan IGCSE iaitu Februari/Mac (hanya di India), Mei/Jun dan Oktober/November. Jadi di Malaysia, pelajar boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan Mei/Jun atau Oktober November. Contohnya, ada pelajar yang mengambil secara keseluruhan 10 subjek, tetapi mengambil peperiksaan sebanyak dua kali, iaitu 5 subjek semasa Mei/Jun dan 5 lagi subjek semasa Oktober/November. Ada juga yang memilih untuk mengambil 10 subjek serentak. Keputusan ujian akan keluar lebih kurang dua bulan dari tarikh ujian.


7. Bagaimana cara IGCSE digredkan?

Seperti SPM, IGCSE juga menggunakan sistem gred. Namun, gred IGCSE bermula dengan A* (A-star) sebagai gred terbaik, hingga G. Namun begitu, satu perbezaan besar antara IGCSE dan SPM adalah, pelajar boleh memilih tahap kesukaran sesuatu ujian. Contohnya, subjek Fizik mempunyai dua jenis paper yang dibahagikan mengikut tahap kesukaran iaitu Core dan Extended. Dari segi silibus dan kesukaran, Core adalah lagi mudah berbanding Extended. Untuk memastikan penggredan adalah adil, gred terbaik yang boleh diperolehi oleh pelajar yang menjawab paper Core adalah C.


8. Lepas IGCSE nak buat apa?

Sijil IGCSE diiktiraf kebanyakan insitusi dalam dunia. Sama seperti lepasan SPM, pelajar lepasan IGCSE boleh memilih untuk meneruskan pendidikan sama ada dalam A-Level, IB atau Foundation (Asasi). Namun begitu, kebanyakan universiti awam Malaysia memerlukan keputusan SPM. Jika pelajar berkeinginan untuk menyumbang tenaga sebagai penjawat awam semasa bekerja nanti, pelajar masih perlu ambil sekurang-kurangnya subjek Sejarah dan Bahasa Melayu SPM.


9. Yang bagusnya?

Pelajar boleh habis sekolah menengah awal dan boleh mantapkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Itulah yang boleh diterangkan secara ringkas tentang IGCSE di Malaysia. Semoga bermanfaat.

Beli nota IGCSE di sini - klik sini



Comments

  1. Hi,nak tanya, bagaimana pula kalau nak jadi cikgu swasta tapi takde sijil igcse, macam mana nak ambil ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengetahuan saya, guru yang berminat untuk menjadi guru sekolah swasta tak perlu ambil IGCSE kerana ianya adalah setaraf sijil SPM . Boleh hubungi sekolah yang berkaitan untuk kepastian.

      Tetapi jika mahu juga ambil exam IGCSE boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah berdekatan yang jadi pusat peperiksaan IGCSE.

      Delete
    2. ohh okayy baikkk terima kasih !

      Delete
  2. nak tanya, kalau umur 24 tahun ambil sijil ni boleh ke? then universiti mana yg ada pilihan?

    ReplyDelete
  3. Boleh. Cuma, IGCSE ni setaraf SPM. Cuma dibuat oleh badan lain. Pada pendapat peribadi saya, IGCSE sesuai untuk pelajar umur 16-17 yang nak ada ada alternatif lain selain SPM. Kalau dah memang ada SPM, boleh cari peperiksaan yang bertaraf lebih tinggi. Calon persendirian boleh mendaftar di mana-mana pusat peperiksaan yang berdaftar. Biasanya sekolah private ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat SG nak mohon kerja dia mintak result gsce bolehke bagi result igsce ?

      Delete
  4. Apa itu Premier??maksud untuk MRSM

    ReplyDelete
  5. Anak saya tlh mohon utk program premier.. bolehkah anak saya ingin menukar kpd IGCSE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pembacaaan F.A.Q MRSM, keputusan adalah muktamad. Namun, adalah lebih baik terus bertanya kepada pihak MRSM / MARA yang terlibat untuk kepastian.

      Delete
  6. Anak saya tlh mohon utk program premier.. bolehkah anak saya ingin menukar kpd IGCSE

    ReplyDelete
  7. Pelajar igcse belajar ke pendidikan islam

    ReplyDelete
  8. Anak saya memohon premier MRSM tetapi anak saya dapat offer IGCSE MRSM,kenapa jadi macam tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan tuan/puan boleh rujuk kepada MARA.

      Delete
  9. Salam, anak saya homeschooling sejak tahun lepas (13 tahun). Dia berminat nak ambil peperiksaan IGCSE pada masa hadapan, boleh ke berbuat demikian? di mana saya boleh daftarkan dia untuk ambil peperiksaan secara private?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan tuan/puan boleh rujuk kepada PPD kawasan untuk maklumat paling tepat dan terkini.

      Delete
  10. alhamdulilah anak saya dapat tawaran mrsm...masih memberi sokongan dan panduan apa itu igcse kepada anak...7 april ni daftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Semoga kekal cemerlang. ✨

      Delete
    2. Alhamdulillah anak masih bertahan di mrsm igcse JB ..InsyaAllah ada rezeki thn depan masuk tingkatan 3

      Delete
  11. Anak memang mengambil aliran IGCSE semenjak mula umur 13tahun. Ambil peperiksaan sejak umur 16 & 17 tahun. Sekarang sudah masuk tahun pertama Asasi Sains di IPTS, rakan-rakannya baru selesai SPM. Ada rakan kuliahnya di IPTS berumur 16 tahun juga, sebab ambil peperiksaan pada umur 15 tahun. IGCSE ini tiada had umur minimum, ada yang mengambil seawal umur 8 tahun untuk kertas Matematik.
    Pada kami IPTS juga sama bagus dan fleksibel. IPTS memang iktiraf IGSCE dan menawarkan biasiswa kepada yang cemerlang. Ada kawannya yang ambil kedua-dua IGCSE dan SPM tapi untuknya saya tidak mahu hilang fokus.
    Kedua-dua SPM dan IGCSE ada kelebihan, terpulang pada ibubapa untuk menilai yang terbaik untuk anak-anak. IGCSE menekankan bahasa Inggeris untuk semua subjek, jadi pendedahan ini juga sesuai bila masuk ke universiti nanti.
    IGCSE ada peperiksaan kertas Islamic Studies. Harap maklumat ini membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM boleh saya minta pandangan u ? mcm mana nk tahu silibus igcse...

      Delete
  12. bombastik betul explanation...dulu Malaysian Certificate of Education atau MCE...sekarang SPM....setaraf GCE O Level(UK) atau IGCSE (luar UK)....semua lulusan ini melayakkan anda jadi kerani di Malaysia...atau utk ambil American Associated Degree (AAD) tetapi IGCSE tidak layak untuk ambil A Level sebab IGCSE tidak diiktiraf di UK.

    ReplyDelete
  13. Boleh saya tahu jika anak sekolah harian biasa bagaimana hendak mendaftar atau mengambil IGCSE ini?Saya diJohor bahru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan puan ke ppd puan. Minta nasihat dari bahagian pendidikan swasta.

      Atau ke mana2 sekolah swasta/antarabangsa yang jadi pusat peperiksaan igcse untuk daftar sebagai calon.

      Tapi saya cadangkan dapatkan nasihat ppd dahulu.

      Delete
  14. Jika diterima masuk ke MRSM IGCSE, wajib ambil IGCSE atau pilihan?

    ReplyDelete
  15. If nak ambil IGSCE selepas SPM boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Boleh ke if dah ambil SPM nak ambil IGSCE pula?

    ReplyDelete
  17. Salam, ada sesiapa tahu perbezaan antara SPM dan IGCSE dari segi content, terutamanya subjek biologi, terima kasih

    ReplyDelete
  18. Hi, anak saya nak masuk international school untuk darjah 1. Jadi belajar IGCSE. Kami cadang nak masukkan dia sampai darjah 3 sahaja sementara sekolah gov sini buka. Jadi pertanyaan saya, boleh ke dia pindah ke sekolah gov terus nanti? Atau kena belajar di international school sampai darjah 6 ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nota Fizik SPM Tingkatan 5 KSSM (Kemaskini 19/10/2023)

VIDEO FIZIK PERCUMA DI SINI Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Fizik SPM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. Klik sini untuk jawapan (RM1 untuk setiap bab) Semoga bermanfaat. TINGKATAN 5 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1. Daya dan gerakan II  ( playlist )  2. Tekanan  (  playlist  )  3. Elektrik ( playlist ) 4. Keelektromagnetan ( playlist ) 5. Elektronik ( playlist ) 6.  Fizik nuklear (  playlist  ) 7.  Fizik kuantum (  playlist  )  Kemaskini: 29/10 ms 9 (pintasan-x: frekuensi ambang) Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini . Click  here  for English version. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram  | Instagram This work is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License . While we have made every attempt to ensure that the inform

Nota Fizik SPM Tingkatan 4 KSSM (Kemaskini 8/8)

Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Fizik SPM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. Kemaskini: 11/2 (tukar formula kecerunan m/s 5 Bab 1) Tingkatan 4 (Edisi 2022) (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1.  Pengukuran   (video) 2.  Daya dan gerakan I   (video) 3.  Kegravitian   (video) 4.  Haba   (video) 5.  Gelombang  (video) 6.  Cahaya dan optik   (video) Untuk beli jawapan Edisi 2022, klik sini . (RM 1 untuk 1 bab) Tingkatan 4 - Edisi 2020 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1. Pengukuran   (video) 2. Daya dan gerakan I   (video) 3. Kegravitian   (video) 4. Haba   (video) 5. Gelombang   (video) 6. Cahaya dan optik   (video) Mahu jawapan modul edisi 2020? Klik  sini .  (RM5 untuk 6 topik) Semoga bermanfaat. Click  here  for English version. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegra

Nota Sains Tingkatan 4 KSSM

Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Sains Tingkatan 4 KSSM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. 1.0  Langkah Keselamatan dalam Makmal 2.0 Bantuan Kecemasan 3.0 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan 4.0 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam 5.0 Genetik 6.0 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan 7.0 Koordinasi Badan 8.0 Unsur dan Bahan 9.0 Kimia Industri 10.0 Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan 11.0 Daya dan Gerakan 12.0 Tenaga Nuklear Semoga bermanfaat.   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram This work is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License . While we have made every attempt to ensure that the information contained in this module has been obtained from reliable sources, we are not responsible and shall not be liable for any errors or omissions, accuracy, completeness, usefu