Skip to main content

Nota Fizik Tingkatan 5 : Elektronik - 4.2: Memahami Semikonduktor Diod


4.2 Memahami diod semikonduktor


Semikonduktor: 

Konduktor yang boleh mengkonduksikan elektrik lebih baik dari penebat tetapi lebih lemah dari konduktor.

Semi maksudnya separuh, konduktor pula bahan yang boleh alirkan arus. Jadi, gabungkan dua perkataan tu, semikonduktor adalah separa konduktor. Nak kata bagus sangat sebagai konduktor, konduktor lagi bagus. Nak kata tak alir langsung, dia boleh alirkan arus.

Silikon adalah semikonduktor. Silikon ada 4 valens elektron, jadi untuk stabil, silikon akan bentuk ikatan kovalen. Ikatan kovalen tidak ada elektron bebas. Ingat, untuk alirkan arus, kena ada elektron yang bergerak. Untuk adakan pergerakan elektron, kita kena naikkan suhu elektron.



Beza dengan konduktor biasa yang kita belajar dalam bab 2 dulu, kalau konduktor, makin tinggi suhu, makin tinggi rintangan. Tapi semikonduktor pula, makin tinggi suhu, makin rendah rintangan.



Tapi takkan naikkan suhu sahaja? Macam mana silikon nak alirkan arus dalam suhu yang tidak tinggi? Jadi kita guna satu proses yang dipanggil pendopan.

Pendopan

Pendopan: Proses memasukkan kuantiti kecil bendasing terkawal ke dalam kekisi hablur bahan semikonduktor tulen untuk meningkatkan kekonduksian

Proses pendopan boleh hasilkan dua jenis semikonduktor iaitu jenis n dan jenis p.



Diod

Antara komponen elektrik yang dibuat guna semikonduktor adalah diod. Diod dibuat dari dua jenis semikonduktor, iaitu jenis n dan jenis p.

Fungsi diod adalah sebagai rektifier.

Rektifier: proses menukarkan arus ulang alik kepada arus terus

Jadi kita boleh simpulkan bahawa diod menukarkan arus ulang alik (dating dari dua arah) kepada arus terus (datang dari satu arah).



Kalau arus lalu dari bahagian p, arus dibenarkan lalu dan keadaan ini dipanggil pincang ke depan. Kalau arus lalu dari n, arus akan disekat dan keadaan ini dipanggil pincang songsang.

Dengan guna satu diod, kita boleh buat rektifikasi setengah gelombang.

Dengan 4 diod, kita boleh hasilkan rektifikasi penuh.


Kapasitor

Selain diod, kita ada kapasitor, salah satu contoh komponen yang dibuat menggunakan semikonduktor.

Fungsi kapasitor adalah sebagai perata arus.

Bayangkan pelajar keluar rumah dan bawa telefon. Bateri telefon adalah 50%. Selapas beberapa jam, bateri dah nak habis tapi pelajar masih di luar rumah. Sebelum telefon mati, pelajar pinjam power bank kawan, jadi selamatlah telefon dan tidak mati. Dalam cerita ni, kita boleh simpulkan bahawa power bank menyelamatkan bateri phone dari 0% dengan syarat, power bank tu perlu di cas dahulu.

Kembali kepada fizik, kapasitor ni bolehlah dibayangkan sebagai power bank. Arus gerak kearah kapasitor dan kapasitor akan dicaskan (kita cas powerbank). Bila arus tiada (tak ada sumber@plug nak cas phone), kita guna cas yang ada dalam kapasitor (power bank) untuk kekalkan arus (cas bateri phone). Jadi, arus kekal ada (bateri phone tak 0%).


Klik sini untuk bahagian sebelumnya - 
4.1: Osiloskop Sinar Katod

Klik sini untuk bahagian seterusnya - 
4.3: Memahami transistor


Klik sini untuk dapatkan nota lengkap

Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan sini


Comments

Popular posts from this blog

Nota Fizik SPM Tingkatan 4 KSSM (Kemaskini 8/8)

Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Fizik SPM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. Kemaskini: 11/2 (tukar formula kecerunan m/s 5 Bab 1) Tingkatan 4 (Edisi 2022) (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1.  Pengukuran   (video) 2.  Daya dan gerakan I   (video) 3.  Kegravitian   (video) 4.  Haba   (video) 5.  Gelombang  (video) 6.  Cahaya dan optik   (video) Untuk beli jawapan Edisi 2022, klik sini . (RM 1 untuk 1 bab) Tingkatan 4 - Edisi 2020 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1. Pengukuran   (video) 2. Daya dan gerakan I  (video) 3. Kegravitian   (video) 4. Haba   (video) 5. Gelombang   (video) 6. Cahaya dan optik   (video) Mahu jawapan modul edisi 2020? Klik  sini .  (RM5 untuk 6 topik) Semoga bermanfaat. Click  here  for English version. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram

Nota Fizik SPM Tingkatan 5 KSSM (Kemaskini 19/10/2023)

VIDEO FIZIK PERCUMA DI SINI Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Fizik SPM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. Klik sini untuk jawapan (RM1 untuk setiap bab) Semoga bermanfaat. TINGKATAN 5 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1. Daya dan gerakan II  ( playlist )  2. Tekanan  (  playlist  )  3. Elektrik ( playlist ) 4. Keelektromagnetan ( playlist ) 5. Elektronik ( playlist ) 6.  Fizik nuklear (  playlist  ) 7.  Fizik kuantum (  playlist  )  Kemaskini: 29/10 ms 9 (pintasan-x: frekuensi ambang) Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini . Click  here  for English version. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram  | Instagram This work is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License . While we have made every attempt to ensure that the inform

Physics Notes SPM Form 5 KSSM (Updated: 19/10/2023)

VIDEO FIZIK PERCUMA DI SINI These are download links for SPM Physics Notes (English) in pdf for KSSM syllabus. The modules can be downloaded and distributed freely. For non-commercial use only. Refer disclaimer at the end of the post. Please DO NOT re-upload. Thank you. Klik sini untuk jawapan (RM1 untuk setiap bab) Form 5 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1.  Force and motion II  ( playlist ) 30/3/23 - tukar link playlist 2. Pressure  ( playlist  )  Updated: 30/11/22 Page 14 (definition Bernoulli's principle)   12/4/23 - tukar link playlist 3. Electricity  ( playlist  ) 4. Electromagnetism ( playlist ) 5. Electronics ( playlist ) 6. Nuclear physics ( playlist ) 7. Quantum physics ( playlist )  Updated: 29/10 Page 9 (x-intercept = threshold f) Klik  sini  untuk versi Bahasa Melayu. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram  |   Instagram This work is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoD