3.3 Aruhan Elektromagnet
Dalam
nota 3.1, cikgu ada kata, dalam topik ni, kita belajar dua bahagian.
1.
Elektrik à magnet
2.
Magnet à elektrik
Dalam
subtopik pertama, kita belajar macam mana elektrik boleh menyebabkan konduktor
jadi magnet. Dalam subtopik 3.3 ni, kita belajar macam mana dengan adanya
magnet, boleh menyebabkan adanya arus.
Arus
yang terhasil disebabkan pemotongan medan magnet adalah arus aruhan. Penghasilan
d.g.e aruhan dalam satu konduktor apabila perubahan fluks magnet berlaku. (D.g.e dah belajar dalam topik 2, keelektrikan)
Untuk tahu arah arus yang
dihasilkan, kita guna Peraturan Tangan Kanan Fleming. Susunan jari sama sahaja
seperti Peraturan Tangan Kiri Fleming, cuma guna tangan kanan.
Bila nak guna tangan kanan?
Bila nak guna tangan kiri?
Kiri bila ada bateri (arus).
BateRI Ã kiRI
Kanan bila aruhan. AruhAN Ã kanAN
Tengok gambar dibawah.
Antara
dua bahagian magnet tu, ada garisan medan magnet. Bila kita gerakkan dawai
(konduktor) dari atas ke bawah, garisan tu akan dipotong dan bersambung balik
secara berulang kali. Inilah yang dipanggil pemotongan medan magnet dan akan
menghasilkan arus aruhan di dalam konduktor.
Dalam topik aruhan, kita
belajar dua hokum iaitu Faraday dan Lenz.
Hukum Faraday
D.g.e aruhan
dalam satu konduktor adalah berkadar terus dengan kadar perubahan fluks magnet
melalui konduktor.
Makin banyak dan cepat medan
magnet “dipotong”, makin banyak arus terhasil. Faktor mempengaruhi d.g.e aruhan
adalah seperti berikut.
Hukum Lenz
Arah aliran
arus sentiasa pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang
menghasilkannya.
Untuk memudahkan pemahaman tentang Hukum Lenz, gunakan analogi
couple dalam drama TV pukul 7 petang.
Ada Ali dan Siti. Ali suka Siti, dan bila
Ali dating dekat Siti, Siti akan cuba tolak Ali. Ali pun sedih dan merajuk. Ali
bawa diri menjauhi Siti. Bila Ali cuba nak jauhi Siti, Siti akan cuba tarik
balik Ali supaya tak pergi. Mengada-ngada kan? Perkara ni berterusan sampailah cerita tamat.
Kembali kepada Hukum Lenz dengan menggunakan cerita Ali dan Siti.
Bila kita gerakkan magnet menghampiri solenoid, akan ada
pemotongan magnet oleh solenoid, menyebabkan ada arus teraruh dalam konduktor.
Arah arus ni akan bergantung pada magnet tadi.
Contohnya, kalau kutub utara (Ali) menghampiri solenoid (Siti),
solenoid akan tolak magnet. Untuk menolak kutub utara, medan magnet di solenoid
adalah utara. Kalau kutub utara tadi menjauhi solenoid, solenoid akan tukar
jadi selatan untuk tarik semula magnet tadi. Untuk ubah kutub, arah arus pun
berubah.
Aplikasi aruhan dalam penjana hidroelektrik
Aplikasi
aruhan elektromagnet ialah generator. Elektrik yang diguna di rumah tu pun
menggunakan konsep yang sama.
Air dari empangan akan bergerak dan memusingkan turbin. Pemusingan
turbin akan memotong medan magnet, menyebabkan arus akan teraruh. Arus akan melalui transformer sebelum dihantar ke pengguna melalui kabel elektrik.
Baru faham thank you
ReplyDeleteBaru faham thank you
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteMaaf cikgu, kenapa tajuk tentang aruhan elektromagnet tapi video tentang transformer?
ReplyDeleteSebab semua video subtopik elektromagnet cg letak dalam satu playlist.
DeleteBoleh tengok video lain dalam playlist.
Deleteassalamualaikum cikgu , kalau rajah dia menegak , mcm mana nk tahu kalau magnet didekatkan arah ke mana
ReplyDeleteWaalaikumsalam.
DeleteSama je konsep. Bayangkan kalau ada magnet dan bawah dia solenoid. Kalau kutub S ke bawah, hujung solenoid yang atas akan jadi S juga. Sebab menolah S yang nak datang dekat dia tu.