Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Kelas: Momentum (IGCSE)

Minggu lepas ada kelas di pusat tuisyen TUITION PRO U12 Shah Alam (Khas untuk pelajar IGCSE). Topik yang dipelajari adalah momentum. Aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti belon, untuk membuktikan formula momentum, p= m x v (Momentum = mass x velocity). Pelajar dibahagikan secara berpasangan. Setiap pasangan akan dapat dua belon dan mereka perlu berbincang untuk memastikan belon mereka menepati kriteria yang diingini. Kriteria 1: Belon naik paling tinggi. Idea-> tambah saiz belon. Kriteria 2: Belon naik paling rendah. Idea-> tambah jisim belon. Malangnya, semua belon tak dapat naik terlampau tinggi kerana masalah teknikan pada kualiti belon. Dan juga separuh belon pecah sebelum mula pertandingan. 😂😂😂 Apapun, saya sendiri kagum dengan idea pelajar yang saya sendiri tak terfikir untuk buat. Semoga kelas kita memberi manfaat. Bukan sahaja untuk skor A*, tetapi dapat lebih menghargai hukum alam. 

Bengkel Ulangkaji Intensif Persediaan SPM 2020

*ULANGKAJI INTENSIF FORM 4: DISEMBER 2019* (Calon SPM 2020) . Jika ditanya kepada pelajar, kenapa subjek Fizik dan Sains susah, selalunya jawapan yang akan diterima adalah, banyak sangat nak kena hafal. .  Tetapi, proses menghafal akan jadi *mudah* jika pelajar betul-betul faham konsep dan ada teknik menghafal yang *betul*. . Apabila sudah faham konsep, Insyaallah akan *mudah* untuk menjawab soalan peringkat mudah, sederhana ataupun KBAT. --------------------------------------- ❓ *SOALAN LAZIM*❓ 1⃣Kenapa tak buat terus program sehari? ➖Kami ingin memastikan pelajar betul-betul hadam maklumat yang didapati dan untuk *betul-betul faham*, pelajar perlukan masa. 2⃣ Program ni macam ceramah ke? ➖Bukan. *Maksimum 10 pelajar* setiap sesi supaya dapat lakukan perbincangan dan pembelajaran dua hala. 3⃣Macam mana nak tahu anak saya ada *peningkatan* lepas program? ➖Kami akan sediakan ujian ringkas sebelum dan selepas program dan akan ada laporan pelajar pada akhir program.