Skip to main content

Langit Merah di Muaro Jambi, Indonesia



Semalam (21/9) kita dikejutkan dengan fenomena langit berwarna merah yang berlaku di Kampung Pulau Mentaro di Muaro Jambi. Banyak portal berita telah melaporkan fenomena ini kerana ianya adalah satu perkara yang sangat asing. Langit sepatutnya warna biru. Kenapa langit boleh berwarna merah? Mari kita lihat penjelasannya dari sudut sains.


Cahaya putih yang kita dapat dari matahari sebenarnya terdiri dari tujuh warna (warna pelangi). Setiap warna mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Merah mempunyai panjang gelombang terpanjang dan ungu mempunyai panjang gelombang terpendek.

Penyerakan cahaya

Sebenarnya, penyerakan cahaya ada dalam silibus semasa sains Tingkatan 4 di bawah tajuk cahaya. 

Nota sains ringkas Cg Sopi

Penyerakan cahaya boleh ditakrifkan sebagai  proses di mana molekul dalam udara menyerap cahaya dan memancarkan semula cahaya dalam banyak arah yang berbeza. Dalam atmosfera kita pula ada banyak molekul udara yang boleh menyerakkan cahaya. 

Warna yang mempunyai panjang gelombang terpendek paling mudah diserakkan. Dalam keadaan biasa, warna yang biru, indigo dan ungu paling banyak diserakkan. Itulah sebab langit kita berwarna biru. Warna merah pula mempunyai panjang gelombang terpanjang menyebabkan spektrum warna merah merupakan cahaya paling sukar diserakkan. Fomula yang dihasilkan oleh Lord Rayleigh untuk menerangkan fenomena ini adalah I α 1/λ4. Kalau nak baca lebih lanjut, boleh google “Rayleigh scattering”.

Langit berwarna merah yang dilihat Jambi Muaro itu boleh diterangkan dengan fenomena yang sama. Dalam keadaan jerebu, jumlah zarah yang ada dalam udara adalah lebih banyak berbanding biasa. Jadi, warna yang kebiasaannya tidak diserakkan di waktu siang seperti warna merah akan diserakkan disebabkan bertambahnya jumlah zarah dalam udara. Maka, terhasillah langit merah.

Analogi penyerakan cahaya.

Bayangkan kita ada satu kotak yang dalamnya ada kertas berwarna. Ada tujuh warna yang berbeza. Apabila kita serakkan sesuatu, kita kena keluarkan kertas dari dalam kotak tersebut. Dari luar, orang hanya akan nampak warna yang diserakkan.

Contoh, warna paling mudah diserakkan adalah warna biru. Jadi kita keluarkan kertas berwarna biru. Dari luar, orang akan nampak warna biru (langit biru). Jadi, apa-apa warna yang kita serakkan adalah warna yang akan dilihat jelas. Begitulah analogi tentang penyerakan cahaya.

Kenapa langit bukan ungu?

Mata manusia ada sel kon yang sensitive terhadap warna. Ada tiga jenis yang sensitive kepada tiga warna berbeza iaitu merah biru dan kuning. Itulah sebabnya, mata manusia lebih sensitif kepada warna biru berbanding warna ungu.


Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Nota Fizik SPM Tingkatan 4 KSSM (Kemaskini 8/8)

Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Fizik SPM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. Kemaskini: 11/2 (tukar formula kecerunan m/s 5 Bab 1) Tingkatan 4 (Edisi 2022) (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1.  Pengukuran   (video) 2.  Daya dan gerakan I   (video) 3.  Kegravitian   (video) 4.  Haba   (video) 5.  Gelombang  (video) 6.  Cahaya dan optik   (video) Untuk beli jawapan Edisi 2022, klik sini . (RM 1 untuk 1 bab) Tingkatan 4 - Edisi 2020 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1. Pengukuran   (video) 2. Daya dan gerakan I  (video) 3. Kegravitian   (video) 4. Haba   (video) 5. Gelombang   (video) 6. Cahaya dan optik   (video) Mahu jawapan modul edisi 2020? Klik  sini .  (RM5 untuk 6 topik) Semoga bermanfaat. Click  here  for English version. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram

Nota Fizik SPM Tingkatan 5 KSSM (Kemaskini 19/10/2023)

VIDEO FIZIK PERCUMA DI SINI Berikut adalah pautan untuk muat turun nota Fizik SPM pdf versi BM.  Nota ini dibenarkan untuk dimuat turun dan disebarkan bukan untuk tujuan komersial. Rujuk disclaimer.  Please DO NOT re-upload . Terima kasih. Klik sini untuk jawapan (RM1 untuk setiap bab) Semoga bermanfaat. TINGKATAN 5 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1. Daya dan gerakan II  ( playlist )  2. Tekanan  (  playlist  )  3. Elektrik ( playlist ) 4. Keelektromagnetan ( playlist ) 5. Elektronik ( playlist ) 6.  Fizik nuklear (  playlist  ) 7.  Fizik kuantum (  playlist  )  Kemaskini: 29/10 ms 9 (pintasan-x: frekuensi ambang) Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini . Click  here  for English version. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram  | Instagram This work is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License . While we have made every attempt to ensure that the inform

Physics Notes SPM Form 5 KSSM (Updated: 19/10/2023)

VIDEO FIZIK PERCUMA DI SINI These are download links for SPM Physics Notes (English) in pdf for KSSM syllabus. The modules can be downloaded and distributed freely. For non-commercial use only. Refer disclaimer at the end of the post. Please DO NOT re-upload. Thank you. Klik sini untuk jawapan (RM1 untuk setiap bab) Form 5 (Klik tajuk untuk dapatkan nota pdf) 1.  Force and motion II  ( playlist ) 30/3/23 - tukar link playlist 2. Pressure  ( playlist  )  Updated: 30/11/22 Page 14 (definition Bernoulli's principle)   12/4/23 - tukar link playlist 3. Electricity  ( playlist  ) 4. Electromagnetism ( playlist ) 5. Electronics ( playlist ) 6. Nuclear physics ( playlist ) 7. Quantum physics ( playlist )  Updated: 29/10 Page 9 (x-intercept = threshold f) Klik  sini  untuk versi Bahasa Melayu. Beli buku nota pendek (hardcopy)   di  sini   Klik untuk  TikTok  |  YouTube  |  Facebook  |  Telegram  |   Instagram This work is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoD