Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Langit Merah di Muaro Jambi, Indonesia

Semalam (21/9) kita dikejutkan dengan fenomena langit berwarna merah yang berlaku di  Kampung Pulau Mentaro di Muaro Jambi. Banyak portal berita telah melaporkan fenomena ini kerana ianya adalah satu perkara yang sangat asing. Langit sepatutnya warna biru. Kenapa langit boleh berwarna merah? Mari kita lihat penjelasannya dari sudut sains. Cahaya putih yang kita dapat dari matahari sebenarnya terdiri dari tujuh warna (warna pelangi). Setiap warna mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Merah mempunyai panjang gelombang terpanjang dan ungu mempunyai panjang gelombang terpendek. Penyerakan cahaya Sebenarnya, penyerakan cahaya ada dalam silibus semasa sains Tingkatan 4 di bawah tajuk cahaya.  Nota sains ringkas Cg Sopi Penyerakan cahaya boleh ditakrifkan sebagai   proses di mana molekul dalam udara menyerap cahaya dan memancarkan semula cahaya dalam banyak arah yang berbeza. Dalam atmosfera kita pula ada banyak molekul udara yang boleh menyer...

Apa itu IGCSE?

IGCSE adalah singkatan kepada International General Certificate of Secondary Education. Cara paling mudah nak faham dan selalu digunakan untuk terangkan IGCSE kepada rakyat Malaysia yang tak tahu apa itu IGCSE adalah, IGCSE ni kalau di Malaysia umpama SPM. Kebanyakan sekolah swasta dan sebahagian MRSM (contoh: Alor Gajah, Kuala Klawang) menyediakan pilihan IGCSE kepada pelajar. 1. Apa beza IGCSE dan GCSE? GCSE (General Certificate of Secondary Education) diambil oleh pelajar di UK, manakala di peringkat antarabangsa luar UK, pelajar boleh menduduki IGCSE (International General Certificate of Secondary Education).  2. Siapa yang menyelia IGCSE? Kalau di Malaysia, kita ada Kementerian Pendidikan yang menyelia semua perkara berkaitan pelajaran dan sistem di bawah kerajaan. IGCSE diselia oleh University of Cambridge International Examinations (CIE). Selain CIE, Edexcel dan OxfordAQA merupakan dua badan peperiksaan lain yang menyelia peperiksaan bertaraf IGCSE....

Nota Fizik Tingkatan 5 : Elektronik - 4.4: Analisis Get Logik

Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan sini .  4.4: Analisis get logik Get logik ni apa sebenarnya? Analoginya, bayangkan pelajar nak buat jamuan kelas. Jamuan tu nak buat di restoran. Cuma belum tetapkan lagi nak pergi restoran mana. Jadi, ketua kelas pun ambil cadangan dari semua pelajar dalam kelas. Dalam kelas ada 30 pelajar dan ada 30 cadangan yang berbeza. Logiknya, takkan nak pergi makan di 30 tempat berbeza? Akhirnya, semua pun sepakat untuk pergi ke salah sebuah restoran yang dipilih. Dalam kes tersebut, idea dari 30 pelajar tu kita boleh anggap sebagai input yang banyak dan berbeza. Tapi, satu sahaja restoran yang dipilih dan pilihan akhir itu adalah output. Jadi itulah fungsi get logik. Get logik: Menghasilkan satu output dari satu atau lebih input Ada 5 get logik asas yang perlu diingati. Nota cara ingat:  - Get DAN nampak macam huruf D.  - Bila tambah bulat, tambah TAK. Contoh, get DAN ada bulat = TAKDAN Berikut adalah lati...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Elektronik - 4.3: Memahami transistor

4.3: Memahami transistor  Transistor adalah satu jenis komponen elektrik yang dibuat dari semikonduktor. Ada 3 terminal @ elektrod yang ada pada transistor. Ada dua jenis transistor yang kita belajar yang menggunakan gabungan semikonduktor jenis n dan p. Satu adalah n-p-n, satu p diantara 2 semikonduktor n. Satu lagi adalah p-n-p, iaitu satu n diantara dua p. Dua transistor tu, dari segi symbol dia ada satu je beza. Satu, anak panak keluar. Satu lagi anak panah kedalam. Ni cara yang boleh digunakan untuk tidak keliru @ terbalikkan kedua-dua transistor tu. Ada dua fungsi transistor iaitu penguat arus dan suis automatik (cahaya, haba, bunyi). Transistor sebagai penguat arus Perubahan arus di litar tapak yang kecil akan menyebabkan perubahan yang besar dalam arus litar pengumpul. Transistor sebagai suis automatik (cahaya) Transistor sebagai suis automatik (haba) Penting! Kalau thermistor atau PPC ubah kedudukan, sistem ak...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Elektronik - 4.2: Memahami Semikonduktor Diod

4.2 Memahami diod semikonduktor Semikonduktor:  Konduktor yang boleh mengkonduksikan elektrik lebih baik dari penebat tetapi lebih lemah dari konduktor. Semi maksudnya separuh, konduktor pula bahan yang boleh alirkan arus. Jadi, gabungkan dua perkataan tu, semikonduktor adalah separa konduktor. Nak kata bagus sangat sebagai konduktor, konduktor lagi bagus. Nak kata tak alir langsung, dia boleh alirkan arus. Silikon adalah semikonduktor. Silikon ada 4 valens elektron, jadi untuk stabil, silikon akan bentuk ikatan kovalen. Ikatan kovalen tidak ada elektron bebas. Ingat, untuk alirkan arus, kena ada elektron yang bergerak. Untuk adakan pergerakan elektron, kita kena naikkan suhu elektron. Beza dengan konduktor biasa yang kita belajar dalam bab 2 dulu, kalau konduktor, makin tinggi suhu, makin tinggi rintangan. Tapi semikonduktor pula, makin tinggi suhu, makin rendah rintangan. Tapi takkan naikkan suhu sahaja? Macam mana silikon nak alirkan arus d...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Elektronik - 4.1: Osiloskop Sinar Katod

4.1 Osiloskop Sinar Katod (O.S.K) O.S.K ni adalah satu alat yang boleh digunakan untuk dapat tahu maklumat tentang satu arus. Contohnya, beza keupayaan arus, Rupa O.S.K ni macam ni. Sebelum kita belajar apa itu O.S.K, kita kena tahu macam mana boleh ada pattern yang ada dekat skrin tu. Cahaya itu terhasil dari proses yang kita panggil, pancaran termion. Bila logam dipanaskan oleh arus, logam akan dapat tenaga yang tinggi menyebabkan elektron akan keluar dari permukaan logam. Proses ini namanya pancaran termion. Nama sinaran yang keluar dari permukaan logam ni adalah sinar katod. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi sinaran katod. Faktornya adalah seperti jadual di bawah. Sinaran katod ni ada ciri-cirinya sendiri. Kalau pelajar perhatikan, ciri terakhir untuk sinar katod adalah ia boleh dipesongkan oleh medan magnet. Kalau pelajar masih ingat, dalam topik 3, elektromagnet, k...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektromagnetan - 3.5: Penjanaan dan Penghantaran Arus Elektrik

3.5: Penjanaan dan Penghantaran Arus Elektrik  Tenaga elektrik yang kita gunakan di Malaysia adalah didapati dari penjana hidroelektrik. Tetapi terdapat banyak sumber tenaga lain yang boleh digunakan. Penghantaran elektrik dari penjana ke pengguna adalah melalui kabel. Sebelum melalui kabel, arus akan melalui transformer injak naik untuk meningkatkan beza keupayaan. Beza keupayaan yang tinggi akan mengurangkan kehilangan kuasa (atau tenaga) disebabkan haba. (Stesen penjana kuasa --> Kawasan perindustrian @ perumahan) 1. Menghasilkan haba, kehilangan kuasa, 𝑃 ℎ𝑎𝑏𝑎 = 𝐼 2 𝑅 2.  Cara mengurangkan kehilangan kuasa - ↓ arus dalam kabel – Naikkan V - ↓ rintangan dalam kabel – kabel tebal (tapi berat dan mahal) Sistem Gred Nasional Klik  sini  untuk bahagian sebelumnya -  3.4: Transformer Klik sini untuk bahagian seterusnya -  4.1: Osiloskop Sinar Katod (O.S...