Skip to main content

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektrikan - 2.2: Analisis Hubungkait Arus dan Beza Keupayaan / Hukum Ohm


2.2   Arus vs beza keupayaan

Untuk membantu memudahkan pelajar membezakan arus dan beza keupayaan, sila lihat rajah di bawah.














Dalam bulatan merah adalah cas sebanyak 4C. Apabila cas tersebut bergerak dari A ke B dan mengambil masa 1 saat, bacaan yang boleh didapati adalah arus, 4A. Apabila cas 4C bergerak dari titik A dan B, dan memerlukan 2J kerja, jumlah kerja per cas adalah 0.5J. Beza keupayaan adalah 0.5V.


Kesimpulannya,

Arus = cas per unit masa

Beza keupayaan = kerja per unit cas

Formula untuk arus dan beza keupayaan adalah seperti di bawah.











Alat yang digunakan untuk mengukur arus dan beza keupayaan adalah ammeter dan voltmeter. Ammeter perlu disusun sesiri dengan perintang. Volmeter disusun secara selari. Rujuk rajah di bawah.



















Hukum Ohm















Untuk memudahkan pelajar mengingat cara mengira V, I dan R, pelajar bolehlah menggunakan formula piramid seperti di bawah.







Faktor mempengaruhi rintangan

Ada 4 faktor mempengarui rintangan. Panjang, diameter, suhu dan jenis bahan. Untuk memudahkan pelajar mengingati faktor mempengaruhi rintangan, bayangkan pelajar menyertai satu acara larian.

1. antara larian 5 km dan 10 km, yang manakah pelajar akan menemui lebih banyak halangan?
panjang bertambah, rintangan bertambah

2. sepanjang larian, pelajar perlu melalui dua buah gua. Satu gua luas, satu gua sempit. Gua manakah yang lebih mudah untuk pelajar lalui?
luas bertambah, rintangan berkurang

3. adalah berlari semasa cuaca sejuk atau panas terik lebih mudah?
semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan

4. jenis bahan (tiada analogi untuk faktor bahan. :c )
nikrom > konstantan > kuprum > perak
(nenek korang kuat percaya)


Klik sini untuk bahagian sebelumnya- 
2.1: Medan elektrik dan aliran arus

Klik sini untuk bahagian seterusnya - 
2.3: Analisis Litar Sesiri dan Selari


Klik sini untuk dapatkan nota lengkap

Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan sini



Comments