Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektromagnetan - 3.2: Daya saling tindakan

  3.2 Daya saling tindakan Untuk faham konsep daya saling tindakan, cuba bayangkan kalau ada dua kumpulan samseng, A dan B. Dua-dua ada pengaruh dan kawasan masing-masing kan? Apa jadi kalau tiba-tiba satu hari, samseng A masuk dalam kawasan samseng B? Mesti gaduh kan? Itulah analogi untuk daya saling tindakan. Magnet kekal ada medan magnet dia sendiri. Konduktor yang ada arus pun ada magnet dia sendiri. Apabila kedua-duanya bertemu, akan ada daya terhasil, menyebabkan konduktor bergerak. Untuk tahu arah mana konduktor tu bergerak, kita guna Peraturan Tangan Kiri Fleming. Tips ingat, kiri bila ada bateri (arus). Bila ada bateRI, kita guna kiRI. Boleh cuba sendiri untuk rajah di bawah. Mana arah daya (arah tercampaknya konduktor)? Semak jawapan di akhir post. Tadi kita cerita tentang kalau satu konduktor. Kalau gegelung (dua dawai) yan...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektromagnetan - 3.1: Pengenalan Elektromagnet

3.1: Pengenalan Elektromagnet Dalam bab 3 ni, kita akan belajar dua benda penting. 1. Elektrik jadi magnet 2. Magnet jadi elektrik Dalam subtopik pertama, kita belajar macam mana elektrik boleh menyebabkan konduktor jadi magnet. Bila ada arus mengalir dalam konduktor, konduktor akan jadi magnet sementara. Bila kita hentikan arus, konduktor tadi akan berhenti jadi magnet. Jadi, elektromagnet tak sama dengan magnet kekal (macam fridge magnet korang yang kekal magnet walaupun tak ada arus). Kalau ada magnet, akan ada medan magnet. Medan magnet ada arah dia sendiri. Jadi untuk tahu arah medan magnet, kita guna Peraturan Genggaman Tangan Kanan. Simbol bulat yang ada pangkah melambangkan arus masuk dalam kertas. Simbol titik melambangkan arus keluar kertas. Konduktor lurus Pastikan ibu jari ikut arah arus tu. Jari lain yang digenggam pula adalah arah medan magnet yang dihasilkan oleh konduktor...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektrikan - 2.5: Analisis Tenaga Elektrik dan Kuasa

Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan  sini .  2.5: Analisis Tenaga Elektrik dan Kuasa Tips: Walaupun formula di atas akan dibekalkan semasa peperiksaan, pastikan pelajar tahu cara menggunakan formula tersebut.  Tips: Untuk pengiraan kecekapan, nilai besar sentiasa di bawah  Pengiraan bil elektrik Untuk lebih mudah, bayangkan sebuah kedai kasut buat promosi, pelanggan yang datang awal, dapat murah. Contoh seperti di bawah. Gunakan contoh kedai kasut di atas dan aplikasikan konsep tersebut untuk contoh dibawah. Klik sini untuk bahagian sebelumnya -  2.4: Analisis Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalaman Klik sini untuk bahagian seterusnya -  3.1: Analisis Kesan Magnet ke atas Konduktor Pembawa Arus Klik  sini  untuk dapatkan nota lengkap Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan  sini . 

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektrikan - 2.4: Analisis Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalaman

2.4: Analisis Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalaman Untuk memudahkan pelajar membezakan antara d.g.e dan beza keupayaan, sila rujuk rajah di bawah. Dalam rajah A, litar terbuka, menyebabkan arus tidak mengalir. Jika voltmeter diletak di bateri, bacaan adalah 6 V. Dalam rajah B, 0.5 V diperlukan untuk gerakkan cas dalam bateri itu sendiri (kerana ada rintangan dalaman, r). Baki beza keupayaan adalah 5.5 V yang akan menggerakkan cas sepanjang perintang di litar luaran. Tips: Jika keliru dengan dua nilai V dalam soalan pengiraan d.g.e, kebiasaannya, nilai yang lebih tinggi adalah d.g.e. Perbandingan ringkas d.g.e dan beza keupayaan adalah seperti jadual di bawah. Klik sini untuk bahagian sebelumnya -  2.3: Analisis Litar Sesiri dan Selari Klik sini untuk bahagian seterusnya -  2.5: Analisis Tenaga Elektrik dan Kuasa Klik  sini  untuk dapatkan nota lengkap Nak tengok video ringkas Fi...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektrikan - 2.3: Analisis Litar Sesiri dan Selari

2.3: Analisis Litar Sesiri dan Selari Tips: Pastikan tukar 1/R kepada R untuk dapatkan jawapan akhir Klik sini untuk bahagian sebelumnya-  2.2: Analisis Hubungkait Arus dan Beza Keupayaan Klik sini untuk bahagian seterusnya -  2.4: Analisis Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalaman Klik  sini  untuk dapatkan nota lengkap Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan  sini . 

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektrikan - 2.2: Analisis Hubungkait Arus dan Beza Keupayaan / Hukum Ohm

2.2   Arus vs beza keupayaan Untuk membantu memudahkan pelajar membezakan arus dan beza keupayaan, sila lihat rajah di bawah. Dalam bulatan merah adalah cas sebanyak 4C. Apabila cas tersebut bergerak dari A ke B dan mengambil masa 1 saat, bacaan yang boleh didapati adalah arus, 4A. Apabila cas 4C bergerak dari titik A dan B, dan memerlukan 2J kerja, jumlah kerja per cas adalah 0.5J. Beza keupayaan adalah 0.5V. Kesimpulannya, Arus = cas per unit masa Beza keupayaan = kerja per unit cas Formula untuk arus dan beza keupayaan adalah seperti di bawah. Alat yang digunakan untuk mengukur arus dan beza keupayaan adalah ammeter dan voltmeter. Ammeter perlu disusun sesiri dengan perintang. Volmeter disusun secara selari. Rujuk rajah di bawah. Hukum Ohm Untuk memudahkan pelajar mengingat cara mengira V, I dan R, pelajar bolehlah men...

Nota Fizik Tingkatan 5 : Keelektrikan - 2.1 : Medan elektrik dan aliran arus

Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan  sini .  2.1:  Medan elektrik dan aliran arus Cara lukis medan elektrik 1. cas positif, anak panah keluar 2. cas negatif, anak panah masuk Eksperimen bola ping pong Eksperimen nyalaan lilin Klik sini untuk bahagian seterusnya -  2.2: Analisis Hubungkait Arus dan Beza Keupayaan Klik sini untuk dapatkan nota lengkap Nak tengok video ringkas Fizik? Tekan  sini .